Pembangunan Laman Web
Kami menawarkan khidmat membina laman web baru, menaiktaraf atau mengubahsuai laman web lama dan mengemaskini laman web sedia ada dengan harga berpatutan. Caj bagi setiap tempahan portal web adalah bergantung kepada kuantiti isi kandungan, kandungan grafik, bilangan halaman atau pautan dan tempoh masa (deadline) yang diminta untuk menyiapkan laman web berkenaan.
E-Commerce (Shopping Cart)
Sistem e-Commerce membantu anda membuat jualan produk secara online dengan lebih mudah dan mampu menjangkau skop pasaran yang lebih luas. Melihat kepada corak pemasaran semasa, penggunaan sistem e-Commerce merupakan suatu kemestian untuk berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sistem e-Commerce ini turut disertakan pakej Online Payment Gateway iaitu kemudahan pembayaran online menggunakan kad kredit bagi memberi kemudahan kepada pelanggan anda membeli secara online.
Aplikasi Pengaturcaraan (Programming)
Aplikasi pengaturcaraan memudahkan urusan kerja dan dokumentasi dengan lebih mudah dan efisien. Segala maklumat penting organisasi akan disimpan di dalam sistem pengkalan data secara online dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa.
Antara contoh aplikasi ialah :
- Sistem rekod kedatangan pelajar
- Sistem payroll
- Sistem rekod ahli
- Sistem pembayaran royalti
Daftar Domain & Hosting
Allbeez Global Ent. sedia membantu anda menguruskan proses pendaftaran nama domain (cth: www.namadomain.com) dan sewaan hosting server. Anda hanya perlu berikan nama yang anda pilih sebagai domain atau senaraikan sekurang-kurangnya 5 nama domain yang sesuai dengan tema laman web anda jika nama domain pilihan pertama sudah digunakan oleh pihak lain.
Aplikasi SMS
Ia adalah satu sistem yang membolehkan kita menghantar pesanan SMS dalam kuantiti yang banyak (bulk) dengan tepat, pantas, mudah dan kos efektif yang beroperasi melalui platform internet dan website. Anda juga boleh membuat duit dengan menawarkan khidmat SMS kepada pelanggan yang mendaftar perkhidmatan tersebut secara bulanan atau melalui permintaan.
Antara kegunaan sistem aplikasi SMS :
- Penghantaran berita terkini
- Promosi
- Iklaneka
- Info Solat / Hadis
- Kuiz
- Kajiselidik (Survey)
Perunding Web (Web Consultant)
Pihak A.G.E. menawarkan khidmat perunding web (web consultant) bagi pelanggan yang memerlukan laman web mereka sentiasa dipantau dan dikemaskini, khidmat nasihat dari aspek konsep dan tema laman web, teknik pemasaran online dan sebagainya.
Untuk mendapatkan sebutharga (quotation) bagi perkhidmatan yang dinyatakan di atas, sila hubungi di talian 012-904 8616 atau klik di sini untuk meninggalkan mesej anda. Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.




