Syarikat Allbeez Global Enterpise (AGE) telah ditubuhkan pada awal 2009 dan berdaftar di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no. pendaftaran SA0129481-K.
Allbeez Global Ent. menawarkan perkhidmatan IT Solutions kepada :
- Individu / Persendirian
- Kerajaan
- Swasta
- Sekolah
- Kelab
- Lain-lain
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Allbeez Global Ent.:
- Pembangunan laman web
- Sistem aplikasi & pengaturacaraan (programming)
- Aplikasi SMS
- Sistem pemasaran online (online marketing)
- e-Commerce (shopping cart system)
- Online Payment Gateway
- Perunding web (web consultant).
A.G.E. mempunyai objektif untuk menyediakan prasarana IT yang boleh membantu meningkatkan prestasi pemasaran syarikat-syarikat yang baru mahupun yang sediada melalui medium pemasaran online bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat terbabit di dalam pasaran di samping mampu meningkatkan daya saing syarikat.
Di samping itu, seiring dengan saranan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai masyarakat berpengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat atau IT (Information Technology), pihak A.G.E. turut menyediakan ruangan Celik IT sebagai saluran alternatif mempelajari ilmu ini. A.G.E. sentiasa komited untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan dalam portal web ini bagi memastikan klien-klien kami akan terus mendapat yang terbaik.




